Pertama kali
Masuk Wad |Assalamualaikum....salam
sejahtera buat semua yang berkunjung ke blog Ayah Rie.
ihsan google |
Hari ini Ayah rie nak share(kongsi) dengan semua pengalaman Ayah Rie buat pertama kali kereta Ayah Rie di masukkan ke wad(bengkel),maklumlah sebelum ini tak pernah kereta nak meragam apatah lagi nak buat masalah,bila dah jadi macam ni pada kita,apa lagi mula la cemas kalau dulu asik tengok orang je yang cemas dan gelabah bila kereta diorang ada masalah tetapi bila dah jadi dekat kita sendiri barulah kita rasa macam mana yang diaorang rasa.
Nak di
jadikan cerita perkara ini berlaku apabila Ayah Rie sakit (pening kepala) jadi
bila kita sakit,kereta tersadai agak lama bila dah mula nak hidupkan enjin
kereta dan memulakan pergerakan tekan je klac dan nak masuk je gear agak susah
tapi kerana kurang pengetahuan dalam hal ini tetap bawa juga kereta pergi
tempat kerja.
Walhal
sebelum ini pergi kerja dengan motor,dan perkara berlarutan selama tiga hari dan
hari last(hari ke tiga) bawa pergi kerja rasa berat nak masuk gear bila
berhenti di lampu isyarat terpaksa lah Ayah Rie buat signal kecemasan gara-gara
gear tak boleh nak masuk sehingga kenderaan di belakang pun heran apasal la
kejab signal kecemasan sekejab ok fikir Ayah Rie lah,dan bila nak balik kerja
start je enjin tekan klac dah macam tak tekan,orang cakap kosong apa lagi mula
la nak mengelabah,bila cuba dua tiga kali tetap sama,jadi terpaksalah tinggal
kereta dekat tempat kerja semalaman( sebab kerja pagi) dan terpaksa jugalah
call bapa saudara datang ambil.
Mula pada
saat tu kita terfikirlah macam mana nak buat dengan kereta yang tersadai dekat
tempat kerja,ada cadangan dari kawan pangil towing,kos pulak macam mana maklum
lah belum gaji lagi,dan dalam Ayah Rie tak tahu rupa-rupanya towing ini kita
boleh dapat secara percuma ianya kerana insuran yang kita ambil ada menyatakan
mengenai hal ini,Ayah Rie je yang tak ambil port(peduli) dalam hal ini,kadang-kadang
bila dah kena batang hidung sendiri baru nak beringat,berbalik pada towing tadi
apabila Ayah Rie call customer center insuran untuk uruskan towing dan hantar
kereta Ayah Rie ke bengkel kereta,bila tanya mekanik rupa-rupanya baru lah Ayah
Rie tahu masalah tu di sebabkan oleh
kerosakan pump luar.
Moral dari
pengalaman yang Ayah Rie ini ialah,kita kena ambil tahu serba sedikit mengenai
kereta kita,jangan ambil ringan dan mudah dalam hal ini dan jangan kita fikir
benda-benda macam ini tak terjadi pada kita,kalau tak berlaku satu kebaikan
tapi bila dah berlaku pada kita adakah itu kita nak cakap satu musibah untuk kita.
Oklah rasa
setakat ini dulu sharing Ayah Rie buat semua dan nantikan update dari Ayah Rie
mengenai Kejutan pula,apa yang terkejut..siapa yang terkejut dan apa kejutan
tu,,,,tunggu ya.
No comments:
Post a Comment