Thursday, August 2, 2018

Rebate Telekom Malaysia

Rebate Telekom Malaysia | Assalamualaikum | Selamat pagi Malaysia, sudah agak lama Ayah Rie tak menulis di blog ini, nak buat macam mana kerja hakiki yang sibuk tak sempat nak menulis dekat blog ni.


Sebelum ini Ayah Rie dah pernah sharing pasal rebate telekom malaysia ini pada tahun 2014 masalah yang sama akibat kecurian kabel juga sebab tu Ayah Rie boleh dapat Rebate bil untuk bulan Julai aritu.

Pernah tak terjadi perkara yang sama macam Ayah Rie internet tak dapat operasi berminggu-minggu pernah terfikir tak nak buat macam untuk rebate bil tu. Sebagai pengguna rangkain TM sekarang mudah untuk kita rebate ataupun mendapat potongan pada bil kita, Mesti rakan-rakan Ayah Rie terfikir-fikir bagaimana caranya dan apakah syarat-syarat yang membolehkan kita mendapatkan rebate tersebut.

Rebate yang Ayah Rie maksudkan ni kita dapat tebus disebabkan apabila berlakunya kehilangan sambungan internet atau talian telefon kita, macam Ayah Rie aritu internet dan talian telefon tidak dapat digunakan dan tidak berfungsi selama seminggu memang haru biru Ayah Rie masa nak contact TM kena pergi rumah Pak Saudara untuk call, nak chatting dengan mereka data internet slow sangat asyik loading jer. Apakah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendapatkan rebate ni jom baca dekat bawah ini Ayah Rie akan ajarkan.

1. Langkah Pertama :-
Korang perlu  membuat panggilan kepada TM centrel dengan mendail 100 bagi talian tetap dan 1-300-88-8123 bagi talian mudah alih.

2. Langkah Kedua :-
Korang kena  membuat laporan di bahagian teknikal mengenai masalah yang di alami dan apabila laporan dah di buat rakan-rakan perlu ingat tarikh laporan yang di buat tadi...hampir terlupa ayah rie nak ingatkan rakan2 apabila berlakunya kehilangan sambungan Internet rakan-rakan Ayah Rie perlu cepat-cepat membuat laporan ya. Kenapa ianya adalah penting dan sebagai rujukan,berbalik pada topic kita tadi,apabila laporan teknikal di buat pengawai khidmat pelangan akan memberikan  nombor rujukan,simpan nombor rujukan tersebut sebagai rujukan nanti bila orang TM call untuk mengetahui status laporan yang di buat.

3. Langkah Seterusnya
Apabila masalah yang kita laporkan tadi sudah selesai dan pihak TM telah mengesahkan dan laporan rakan-rakan telah pun selesai laporan tersebut akan di tutup maka rakan-rakan bolehlah membuat tuntutan potongan dengan menghubungi TM centrel di bahagian Bil. Butir-butir mengenai laporan teknikal tadi akan di minta oleh pihak billing bagi membuat pengesahan dan penyiasatan berkenaan laporan yang rakan-rakan buat tadi. Pihak biling akan call rakan-rakan sekali lagi bagi membuat pengesahan dan akan bertanyakan beberapa soalan dan pihak billing juga akan mengesahkan bahawa rakan-rakan layak mendapat rebate tersebut.


Untuk bulan Julai aritu Ayah Rie mendapatkan Rebate sebanyak RM99.65 daripada caj semasa sebanyak RM153.90. Jumlah potongan rebate yang TM potongkan sebanyak RM54.25 dari 28/6/18 hingga 7/7/18. ingat itu rakan-rakan Ayah Rie laporan itu sangat penting sebab dia adalah sebahagian bukti kita,

Ok la rakan-rakan Ayah Rie semua nak beransur undur diri dulu ya, nanti kalau ada masa Ayah Rie akan berkongsi lagi entri dengan rakan-rakan Ayah Rie semua. Semoga pengkongsian yang Ayah Rie bagitaw dapat membantu rakan-rakan Ayah Rie nanti.

No comments:

Post a Comment